Dimana Pelangi Senja

Assalammualaikum salam sayang,



Pelangi datang selepas hujan,
memberi sinar dan juga harapan,
ada kerdip bintang dihujung alam,
mencambah sayang walau malam nan kelam,

Dia pelangi datang tatkala senja,
redup tapi bermakna,
sekali datang tak mungkin ku lupa,
kerna dia pelangi senja,

Sang Pelangi Senja (from The Retirement Chronicles)
Aku tahu kau bersembunyi,
mungkin tak ingin muncul lagi,
kirimkanlah khabar diri,
aku disini setia menanti,

Pelangi senja senyumlah dikau walau sekali,
agar ku tahu dirimu masih tegak berdiri,
masih bernafas dibawah lindungan Illahi,
masih bersujud merendah diri,

Mungkin pelangi senja terluka,
tapi jangan kau lupa rahmat Allah mengatasi segalanya,
andai cinta manusia buat kau alpa,
Aku datang mengejutkn kau semula,

Wahai pelangi senja,
Mungkin aku sendiri tersasar dari landasan,
Tapi aku ingin kau sedar aku tak mahu kau sama seperti ku,
Kerna aku melaluinya seperti kau juga,

Pelangi senja,
Aku ini hanya perkenalan semalam,
Tapi aku ingat kau siang dan malam,
Walau aku hanya dikejauhan,
Ingatlah aku seperti kakak di samar-samar bayang.


Salam Sayang,
Cik M

2 comments:

  1. Replies
    1. kan.... rindu menggamit segala memori walau mata tidak pernah bertemu.

      Delete