N.A.K.E.D 2 the Mysterious Eye Shadow

Assalammualaikum dan salam kasih sayang.

Bersempena Jumaat yang indah ini mari berselawat keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

OK....mula-mula untuk entry nih, Cik M dah kepam berbulan dan hampir berkarat dalam kepala hotak dan hati yang bersarang bak sarang labah-labah. Tujuan dikepam bukan ape, sebab nak luputkn dalam-dalam dan digest sehabis boleh. Hahaha!

Apakah permasalahannya ittew????

Ok, permasalahan atau tajuk utamanya ialah "Aku yang suka layan orang sesuka hati"

Makanya, aku berkenalan dengan seorang jejaka yang dtgnya dari planet Pluto, jauh nun disana. Makanya aku yang berasal dari bumi cuba mengajarnya untuk memahami Bahasa Melayu yang aku rojak2, campur-baur kan menjadi satu resepi baru untuk belajar Bahasa Melayu dan untuk menyedapkan lagi permainan bahasa aku.

Sebelum tu, aku masih lagi dalam tenang sekarang ini. kerna aku sudah mengawal emosi penduduk bumi!
Gittew!

Ok, sambung citer kan, jejaka itu pon mintak untuk berkenalan dan berkawan, aku dengan ramah-tamah dan peramahnya menyambut salam untuk menjadi kawan. Kami tidak bnyk berbicara perkara2 yang serius2 ini, tapi lebih kepada topik2 BODOH, seperti Pak Ali yang kematian bini, kucing yang tercabut ekor, oh ya, kucing ku beranak lagi. Itulah topik2 kami.

sampai satu tahap si Jejaka Pluto ini tidak dapat memahami Bahasa Melayu aku yang aku sampaikn dengan penuh sopan santun dan berhemah serta berkhemah itu. Oh, Ini adalah punca, ya punca aku akan mengamuk dan meroyan.

Motip nk meroyan??
Motipnya, aku seperti didesak untuk menjadi teman wanita org Pluto. Mana mungkin!!! Aku sudah menggunakan pelbagai bahasa untuk menolaknya dan apa yang terjadi dia masih tidak paham bahasa. Oh Tuhan bantu aku!

Aku tidak punya sebab melainkan satu sebab iaitu kamu hanya bisa menjadi KAWAN dan bukan sang perwira yang aku nanti-nantikan.Dia mencari ku sehingga aku pulang kenegeri kelahiranku kerna menjenguk nenda ku yang uzur. Oh mengapa manusia ini tidak mengeri kondisi aku yang tengah berselirat dan berserabut ini. Oh mengapa???? ha aku dah meroyan dikala itu.

Setelah bercakaran dan berhembus-hembus nafas seperti lembu yang mendengus kasar aku pon tidak mahu melanjutkn istilah Kawan dengan jejaka Pluto yang tidak memahami bahasa aku. Dan dengan keghairahan aku pada NAKED2 itu kiranya boleh memujuk aku yang kemeroyanan itu?????

TIDAK!!
nih bukan yang Jejaka Pluto bagi tau
Tapi Jejaka Pluto bilang itu hadiah salam perpisahan. Dan aku tidak pernah meminta dia untuk beli dekat aku. Salah aku ke? Hurm...ya AKU HAMBIK NAKED2 tu....kalo korang kaki eye shadow cam aku nih, korang tau lah kan rega dia brapa. Jeng jeng jeng!

Tapi malangnya, dia masih lagi menanti peluang kedua dari aku sihati batu ini. Maafkn saya Jejaka Pluto, saya tak nak nanti awak mengharapkn sesuatu dari saya. Jadi biarlah tiada peluang supaya saya tidak berdosa untuk merejek awak dan awak tidak berasa berharap untuk yang tidak pasti.

Saya rasa itu adil.

p/s: Cik M bukan hati batu cuma minta diberi ruang untuk difahami.

#0#0 Salam Sayang Cik M.

0 comments: