J.I.W.A

Apalah erti sayang tanpa sebuah penghormatan, apalah erti cinta tanpa sebuah pengorbanan.

Lelaki itu jiwanya besar, tegar, egois, mindanya itu terbuka luas, akalnya panjang tidak terduga.

Wanita itu emosinya penuh, perasaanya membuak-buak, hatinya curiga, egonya tak terduga, lembutnya ternyata, akalnya sempit jalannya bercabang.

Kalau disatukan sering bercanggah?
Tidak!
Kalau disatukan satu lubang ditutupi dengan satu lubang ketidak sempurnaan.

Yang tidak punya jiwa diberi jiwa, yang tidak punya rasa diberikan rasa, yang salah dibetulkan yang sempit diluaskan.

Kerna apa?
Kerna penyatuan jiwa itu saling melengkapi, saling memerlukan saling kebergantungan.

Usah salah menyalahkan, usah rosak merosakkan.
Laut itu fitrahnya bergelora!
Jisim dan zarah dua jiwa juga tidak sama,
Apa ertinya disatukan?
Semoga cukup fitrah sang manusia.
lahir dan melahirkan dalam rasa dan rentak yang berbeza tapi tujuan yang sama.

Lelaki itu egois?
Tidak...dia hanya mahu dihormati.

Wanita itu emosi?
Tidak..dia hanya ingin pengertian.

Marjina.Jane

0 comments: