SANGGAR BERTINGKAH BAB 5



5…6…7…8…!
Lincah Tara diatas pentas menggerakkan tubuhnya mengikut irama lagu. Setiap langkah yang diatur mempunyai makna yang tersirat. Hanya penari sahaja tahu dimana seninya langkah mereka. Sekumpulan anak muda sedang sibuk berlatih untuk menyertai pertandingan Street Dance anjuran Kelab Kebudayaan Selangor. Iqram selaku komposer muzik dan Tara selaku koreografi tari sedang bekerja keras memastikan tarian dan muzik mereka mantap.
“Tara, aku rasa muzik dan koreografi dah cukup ngam. Kita cuma perlu giatkan latihan lagi supaya lagi mantap.” Iqram sudah duduk disebelah Tara. Tara sudah terbaring keletihan. Peluh yang membasahi tubuhnya satu kepuasan bagi diri Tara.
Iqram hanya tersenyum memandang Tara yang keletihan itu. Rakan-rakan mereka yang lain juga sedang berehat dan ada yang sedang mendengar muzik sambil mencipta gerak tari baru.
“Ehem!”
“Tara” Tara membuka matanya. Batang tubuh itu dihadapannya. Rambutnya yang mengerbang diikat tinggi. Semua yang ada hanya memandang kosong dan tak kurang juga ada gadis yang sudah mula menggedik untuk menawan si jejaka kacak yang baru tiba itu.
“Eh Is, bila kau sampai?” soal Tara bersahaja. Dia melemparkan senyuman kepada rakan-rakannya dan minta pengertian untuk keluar sebentar. Mereka yang lain hanya senyum tanda setuju.Is seiringan dengan Tara dan menghulurkan sebotol air Mountain Dew kepada Tara. Tara sambut dengan mesra.
Iqram masih mengekori mereka berdua dengan ekor matanya.. Terdetik rasa cemburu dikala siteruna berjumpa sidara. Perlukah sehingga ke pentas tarian Iskandar mencari Tara. Hatinya tidak tenang. Ingin tahu apakah yang bersarang dihati Megat Noah Iskandar!
Tara dan Is berdiri di luar studio. Mengambil udara yang segar dan lari dari mata-mata yang memandang dan bunyi muzik yang ada di studio.
“Aku ada perkara nak bagi tahu dekat kau.” Is mencari keselesaan dalam dirinya. Seperti ada yang tidak kena. Ya. Serba tak kena. Senyumannya canggung.
“Apa dia? Penting sangat ke sampai kau cari aku dekat studio ni.” Mata Tara tak lekang dari memandang wajah temannya. Haruman tubuh Is menusuk masuk kerongga hidungnya. Menyenangkan. Mendamaikan.
“Bagi aku perkara ni penting. Kau tahu kan aku sayangkan kau. Kaulah sahabat aku yang paling rapat dekat kolej ni. Selama kita bersahabat pelbagai suka duka aku lalui bersama kau.” Is mengambil nafas yang panjang. “Mungkin lepas nih, aku tak dapat nak jumpa kau lagi seperti selalu…”
“Why???” Nada suara Tara agak meninggi.
“Aku akan terbang ke UK,” suara Iskandar mendatar. Tiada sebarang ekspresi muka yang menunjukkan dia gembira.
“Tak lama kan kau pergi, rilek la. Macam lah kau tak biasa pergi sana.” Tara memegang bahu temannya. Dia tahu hampir separuh dari keluarga lelaki itu berada di sana. Kalau dah ada di sana semestinya lelaki itu keluarga yang sangat kaya. Tetapi lelaki yang berada dihadapannya ini sangat merendah diri dan tidak langsung menunjuk-nunjuk dengan harta dan kekayaannya.
“Bukan…aku pergi lama. Mungkin setahun, mungkin dua tahun ataupun mungkin juga sepuluh tahun.” Sekarang mereka sudah berhadapan. Situasi ini tidak pernah diduga oleh Tara. Lelaki yang nampak gagah dan berbadan tegap itu sedang bersedih. Oh tidak!
Mata mereka bertemu, hati mereka seakan bersatu. Tara tidak pernah percayakan cinta. Sepanjang dia bersahabat dengan lelaki itu dia tidak pernah mengharapkan sesuatu. Tara sangat ikhlas dengan persahabatan yang terjalin diantara mereka. Bagi dia Is seorang yang jujur dan ikhlas serta tidak pernah mengambil kesempatan kepadanya. Is adalah tempat dia bersandar dan bahu untuk menumpang kasih. Is seperti Malika yang sentiada ada dengannya sewaktu senang dan susah.
Is memegang erat kedua belah bahu Tara Qalisya. Seperti ada arus elektrik yang mengalir. Tara hanya memandang ke bumi. Ada butir-butir mutiara yang akan gugur.
“Tara, selama mana aku pergi aku harap kau akan sentiasa dalam keadaan yang sihat. Selama mana ketiadaan aku disisi kau, aku harap kau akan sentiasa gembira. Selama mana aku jauh daripada kau, aku harap kau sentiasa terus mengingati aku. Dan selama itu jugalah aku harap kau akan terus merindui aku.”
‘Disaat dia menuturkan kata-kata yang aku tidak dapat tafsirkan itu, aku ligat berfikir adakah dia sedang berjanji, adakah dia sedang memberi semangat atau dia sedang meluahkan perasaan yang terbuku dihatinya.’
Tara hilang kata-kata. Jiwanya seperti melayang. Sendunya seakan tiada ubat.
“Hey, pandang mata aku Tara. Kalau kau menangis sekarang aku boleh pujuk, tapi kalau kau menangis malam nanti aku tak boleh pujuk lagi tau.” Iskandar cuba berlelucon. Tapi hati Tara terlalu sarat dengan kekecewaan. Tara kecewa sahabat baiknya akan meninggalkan dia.
Tiada kata-kata yang terungkap sepantas kilat Tara memeluk Iskandar. Dia menangis sekuat hati. Hanya depan lelaki itu dia akan menangis sepuasnya. Dalam hatinya dia berjanji tidak akan menangis lagi dan akan menjadi kuat dan terus kuat untuk mengharungi masa yang mendatang dan yang pasti dia akan merindui Megat Noah Iskandar.
Is menggosok-gosok belakang Tara supaya lebih tenang. Dia tahu Tara memerlukan sokongannya untuk meneruskan pengajian di kolej itu. Tetapi kehendak keluarganya tidak dapat dibantah lagi. Terlalu banyak rahsia yang perlu dia rahsiakan kepada Tara. Kerana dia tidak mahu Tara turut sama dibebani dengan pelbagai fikiran.
“Aku akan bertolak malam ni jam sebelas malam. Aku janji, sebelum aku berlepas aku akan hubungi kau okay?” seraya itu Is mencubit pipi Tara.
“Janji?”
“Janji.”

0 comments: