SANGGAR BERTINGKAH BAB 4
“HOI!”
“Oh
mak kau!” Tara terjerit. Jantungnya berdetak laju. Cilaka punya Iskandar.
Sumpah Tara. Is terkekeh-terkekeh mentertawakan Tara.
“Kau
ni Tara muka jer cun tapi kuat melatah” Masih ada lagi sisa tawa menghiasi
wajah Iskandar.
“Woi
kambing! Beruk kat hutan tu kalau kau sergah dia terperanjat jugak tau. Kalau
tak mana nak datangnya peribahasa ‘terkejut beruk’” Tara masih lagi mengurut
dadanya agar bertenang.
“Sorry
Tara,” pohon Iskandar.
“Sorry
naik lori la!” Tara terus turun menuruni anak tangga. Meninggalkan Iskandar
dibelakang. Iskandar hanya membontoti Tara dan senyumannya terus utuh
diwajahnya.
Selasa malam adalah hari yang Tara dan Malika
tunggu-tunggu. Bukannya apa, drama kesukaan mereka sedang bersiaran. Drama
Vanila Coklat. Jalan ceritanya agak santai membuatkan remaja seperti mereka
sering terbuai. Tambah-tambah lagi pelakon wanitanya sangat comel.
“Tara, hujung minggu ni aku nak balik Penang. Kau tak
balik kampong ke” tanya Malika. Mata Tara masih tertumpu pada skrin televisyen dan
bantal busuk kesangannya masih dalam pelukan. Dia masih lagi merangka jawapan
pada pertanyaan Malika. Hainya sugul.
“Tara, aku tanya nih, kau tak balik kampong ke. Cuti
semester kan mula hujung minggu nih.” Sekali lagi Malika mengutarakan soalan
yang sama.
“Tengoklah nanti kalau aku ada masa aku baliklah. Lagipun
pertandingan street dance tinggal dua minggu lagi. So, aku kena banyak
berlatih,” ada keluhan dihujungnya. Tara tidak suka jika perbualan itu berkisar
kepada kehidupan keluarganya. Tambah-tambah lagi berkaitan dengan bapanya.
Ya. Hubungan Tara dengan bapanya tidak semesra anak-anak
lain. Tatkala anak-anak lain sedang bermesra dan bermanja-manja dengan bapa
mereka, Tara diam membisu tanpa bahasa. Bapanya yang kurang peduli akan
kehadiran Tara seringkali mengabaikan keperluan kasih sayang yang Tara
harapkan. Entah dimana silapnya entah dimana puncanya Tara seperti disisihkan
sebagai seorang anak.
Malika hanya mendiamkan diri. Dia tahu hati Tara terluka.
Pernah dahulu Tara tidak pulang ke kampong menjenguk bapaknya ketika hari raya.
Tara rela berhari raya seorang diri dirumah sewa mereka.
“Kau masuk pertandingan tu dengan Iqram ke?” Malika
menymbung perbualan. Dan topiknya langsung tak ada kaitan dengan keluarga Tara.
“Dia cuma gubah muzik untuk aku je.”
“Tara, Iqram dengan Is tu gaduh ke? Aku tengok Is macam
tak suka jer dengan Iqram tu. Masa aku pergi arena dengan dia hari tu dia kata
dia tak percaya sangat dengan Iqram.” Luah Malika.
“Alah Is tu kecohla, aku dengan Iqram tu bukan buat benda
yang tak senonoh. Aku buat latihan jer dengan Iqram, susun lagu. Lepas tu Iqram
rekomenkan aku part time kat studio tarian kawan dia. Itu je. Is yang mengada-ngada
fikir bukan-bukan,” balas Tara. Dia sudah penat mendengar bebelan Is.
Hampir-hampir cair tahi telinganya. Tara mengeluh. Halus.
“ Mungkin Is sayangkan kau, jadi dia tak nak perkara yang
buruk berlaku pada kau. Ye lah, Iqram tu kan kadang-kadang macam budak tak
betul jer aku tengok.” Malika sudah membetulkan posisinya diatas sofa empuk
itu. Matanya sudah layu.
“Aku pun sayang dia jugak, tapi aku tak lah macam dia.”
Tara meningkah. Tapi kalau nak diimbas semula Tara pernah memarahi Is kerana
melayan seorang gadis yang tergedik-gedik hendak mengurat Is. Dia hangin satu
badan! Tara tersenyum sendiri.
“Malika, aku nak ikut kau balik Penang lah, boleh?” Tara
bangun dari pembaringannya. Malika diam membisu. Yang kedengaran hanya nafasnya
yang sedang nyenyak tidur. ‘Ika..Ika…kalau nak tidur pun pergilah masuk bilik.’
Sesekali wajah Malika tersenyum, sedang mimpi indah agaknya.
“Semalam anak kamu ada telefon aku. Katanya minggu depan
dia mula cuti semester.” Maimon yang datang bertandang kerumah adiknya memulaka
bicara. Takut anginnya naik bila isu anaknya dibangkitkan. Leman masih
buat-buat tak dengar. Dia terus mencangkul tanah ditepi rumahnya untuk dibuat
batas.
“Aku ada bagi tau dia pasal rumah kau kena simbah dengan
cat tu,” Maimon cuba memancing pendengaran Leman. Maimon melabuhkan punggungnya
di anak tangga batu rumah Leman. Masih ada lagi sisa-sisa cat yang tak dapat
dibersihkan.
Leman mengesat peluhnya yang merembes di dahi. Tubuh itu
sudah tua tapi masih lagi bekerja keras. Tubuh Leman semakin hari semakin
susut. Maimon hanya memerhatikan gerak-geri Leman.
“Kau tu kalau dengan anak-anak jangan keras sangat Leman,
umur dia dah banyak. Makin lama kau buat dia macam tu makin liat budak tu nak
balik kerumah ni nanti. Aku tengok kau layan si Hussin tu lagi bagus dari kau layan
anak kau tu sendiri.” Maimon menyuarakan pendapat. Anaknya si Hussin tu agak
rapat dengan Leman, sudah seperti anak sendiri. Langsung tidak berkira. Tapi
bila dengan anak tunggalnya bagai ada jarum yang menusuk , sakit dalam diam.
“Kalau dia rasa nak balik, biarlah dia balik. Aku halang
tidak, suruh pun tidak.” Sungguh mudah Leman menjawab. ‘Syaitan mana agaknya
yang merasuk Leman.’ Fikir Maimon.
Mana tidaknya, dulu Leman seorang yang penyayang. Apatah
lagi dengan kanak-kanak, Leman rajin melayan. Sejak dari muda remaja Leman
sudah terdidik dengan sifat kasih sayang sebagaimana Maimon. Ibubapa mereka
telah mengajar dan mendidik mereka dengan penuh kasih sayang. Leman juga
seorang yang penyabar walaupun pelbagai masalah telah menimpanya, Leman tetap
bersabar.
Cuma apabila isterinya meninggalkannya, satu persatu
sifatnya luntur dan jadilah seperti Leman sekarang. Hatinya canggung. Dan
anaknya menjadi mangsa.
“Aku ni sayang betul ke budak tu. Budak tu kalau kau bela
betul-betul baiklah jadinya. Tapi kalau kamu sia-siakan jahatla jadinya. Aku ni
bukan apa Leman, aku ni boleh jadi pengganti mak kepada dia. Tapi kasih sayang
kamu tu dia perlukan jugak.” Sambil mengibas-ngibas kain batik yang dipakai.
Maimon
berjalan mendekati adiknya. “Perkara yang dah lepas kau jangan kenang lagi.
Merosakkan badan kamu, merosakkan hati kamu. Aku nak balik ni, dah senja. Kamu
tu malam nanti jangan lupa datang makan malam pulak.” Maimon berlalu
meninggalkan Leman. Leman hanya memandang kosong kearah kakaknya.








0 comments: