SANGGAR BERTINGKAH BAB 3
Maimon
sibuk menyiapkan makan tengah hari di dapur. Hussin yang baru balik dari
melepak terus menerjah kedapur. “Kamu nih Sin, habis minum kat kedai Andak
Tipah tu kamu sambung balik minum kat umah ni ye. Cubalah kamu tolong Pak Ngah
Leman kamu tu,” bebel Maimon.
“Alah
mak nih, aku bukannya apa duduk minum kat kedai Andak Tipah tu sebab aku nak
menolong dia,” Balas Hussin bersungguh-sungguh.
“Apa
yang kamu tolong dia. Kamu kerja dengan dia ke? Aku tak tau pun kamu kerja
dengan dia.” Maimon cekap didapur. Angannya tengah hari itu dia mahu menikmati
masak lemak cili padi pucuk ubi dengan ikan cencaru bakar. Lama benar dia tak masak
makanan kegemaran Leman.
“Bila
pulak aku cakap aku kerja dengan dia mak,” sambil lahap mengunyah cucur bilis
pagi tadi.
“Dah
kamu kata tadi kamu tolong dia. Maknanya kamu kerja la dengan dia ya.”
“Mak
ni, kalau aku kata mak dah tua, nanti mak marah. Aku tolong dia tu aku tolong
minum kat kedai dia la. Dia kan janda. Bagus menolong janda ni mak. Lagipun
biarlah aku menghabiskan duit aku kat Andak Tipah, mana tahu esok-esok Andak Tipah
nak kahwin dengan aku,” jauh benar Hussin pasang angan-angan. Minum dikedai
andak Tipah tu pun masih ditanggung oleh Maimon.
“Hussin..Hussin..tak
tau lah kamu ni nak jadi apa kalau aku mati nanti,” keluh Maimon.
“Aku
kan sayang mak, cukuplah tu.”
“Sudah,
kau pergi hantar lauk ni kat Pak Ngah Leman. Nanti lambat pulak , kesian dia
lapar kat kebun tu. Bukan macam kamu, 24 jam makan aje,” arah Maimon.
“Mak
ni macam tu lah, Nampak je aku kat rumah ada saja yang nak disuruh.” Pantas
sahaja Hussin menyambar bekas makanan yang telah di isi dengan lauk dan sayur
untuk Pak Ngah Leman.
Leman
duduk berehat dipondoknya sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa yang
menyapa tubuhnya. Sudah lima hari Kampung Raban tidak diturunkan hujan. Cuaca
agak panas kebelakangan ini.Ditanggalkan topi kebunnya dan diletak bersebelahan
dengannya. Entah apa yang merunsingkan hati dan minda Leman. Lamunannya
terhenti pabila terdengar deruman enjin motor Hussin. Ya, sekarang waktu tengah
hari. Pastinya Hussin sedang menghantar makanan tengah hari buatnya. Anak ini
mendengar kata ,cuma malas bekerja.
“Mak
kau masak apa hari ni Hussin?” Sapa Leman.
“Masak
lemak cili padi pucuk ubi dengan ikan cencaru bakar, pak ngah,” jawab Leman.
Dia terus sahaja meletakkan bekas makanan tadi di sebelah Leman. Tanpa disuruh
Hussin sudah merebahkan tubuhnya di pondok Leman. Memang waktu-waktu begini
Hussin akan melelapkan matanya dipondok Leman. Puas Leman menasihatinya untuk
bekerja. Tapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
“Eh
pak ngah, aku rasa aku nak suruh mak masuk meminang Andak Tipah la. Pak ngah
rasa mak aku setuju tak?” pertanyaan Hussin seolah-olah sedang dilanda api
asmara yang membuak sekarang ini.
“Kamu
ni mengigau ke Sin? Aku tengok Andak Tipah tu dah berkedut seribu pun. Kamu
rasa dia lawa lagi ke?” Leman tersenyum sinis membayangkan wajah Andak Tipah
bersuami kan Hussin. “Pak ngah ni, aku tengok Andak Tipah tu masih bergetah
lagi. Kalau dia pakai make up tebal-tebal lagi cantik aku rasa. Lagipun aku
dengar dia kuat makan jamu pak ngah.” Terang Hussin. Kemaruk cinta agaknya.
“kalau
kamu nak tengok mak kamu meroyan tengah hari ni kamu cubalah tanya.” Leman masih ingat lagi masa dia mula-mula
pulang ke kampong dan singgah minum di kedai kopi Andak Tipah, perempuan tu
senyum meleret memandang Leman. Seingat Leman Andak Tipah sudah tiga kali
menjanda. Tapi tidak ketahui pula sebab musababnya perempuan itu menjadi janda.
“Alah
mak tu, kalau aku cakap nak kawin dengan dengan Nora anak tok imam pun dia
bukan bagi” Keluh Hussin. Terus dia melelapkan mata melayan mimpi. Manalah tahu
mimpinya nanti dapat berkahwin dengan Andak Tipah, boleh jugak buat pengubat
hati.
Pagi
itu Tara menunggang basikalnya menuju ke kolej. Selepas dia selesai berjogging
dia terus mencapai basikalnya dan menuju ke kolej. Dia terlupa sepatutnya pagi
itu dia pertemuan dengan Is. Mereka berjanji untuk bertemu di hadapan
perpustakaan. Tara terlewat setengah jam. Dia tercangak-cangak mencari kelibat
Is. Dari jauh dia mendengar suara orang sedang bertekak. Ya, dia Nampak Is
dengan dengan seorang wanita yang umurnya lingkungan 40-an. Dari sisi wajah
wanita itu seperti wanita Inggeris. Rambutnya keperangan dan kulitnya putih.
Mereka sedang beradu suara menyuarakan rasa tidak puas hati.
‘mungkin
itu ibu Is’ gumam Tara sendirian. Dia hanya menyaksikan telenovela itu dari
jauh. Tidak mahu terlibat. Sehinggalah wanita itu berlalu pergi meninggalkan Is
seorang diri. Is masih lagi bersandar di bonet keretanya. Wajahnya masih sugul.
“Morning”
“Kenapa
lambat? Is tunggu dekat satu jam tau.”
“Maaflah,
tadi Tara pergi jogging. Terlupa ada janji dengan Is.” Tara masih lagi diatas
basikalnya. Dia turun dan membiarkan basikalnya terbaring di jalan. Dia
menghampiri Is. Berdiri betul-betul dihadapan Is.
“Megat
Noah Iskandar, kenapa dengan kamu ni. Pagi-pagi kena ceria bukannya buat muka
macam kambing tak boleh berak.” Tara merenung Is sambil menghadiahkan sebuah
senyuman yang cukup manis dan comel sekali. “Hey, itu bukan nak cara pujuk aku
la Tara.” Sepantas kilat Is menarik kedua belah pipi Tara. Terasa pedih, tapi
Tara tau kalau Is berbuat begitu pasti terpujuk dengan keletahnya.
“Alah,
aku tak pandai pujuk orang la Is. Kau tau kan aku macam mana.” Tara
menguis-nguis rumput dengan hujung kasutnya. Rambutnya dibiarkan mengerbang. Dia
hanya mengena kan baby-T dan seluar sukan paras lutut. Is pula segak dengan
seluar slack hitam, kemeja biru muda berjalur halus. Tubuhnya yang kekar pasti
menggoda para wanita. ‘Dan aku juga rasa tergoda, tapi aku hanya gadis biasa’.
“Hari
ni aku ada presentation terakhir sebelum aku menamatkan kuliah aku. Jadi aku
nak kau tengok aku masa buat
presentation nanti. Boleh?”
“Tapi
aku pakai macam nih, mana sesuai dengan majlis formal.” Tara memuncungkan bibirnya
tanda protes. Dia memandang tepat kearah Is. Ada jambang nipis diraut wajah
temannya itu. Ah! Dialah Adam Levine Malaysia.
“Kau
jangan nak bagi alasan, kau duduk lah kat belakang sekali.” Is membuka pintu
keretanya dan mengambil beg sandang. Dia mengambil jurusan kejuruteraan. Dan
dia juga merupakan senior kepada Tara. Walaupun berlainan kursus dengan Tara,
lelaki itu kerap kelihatan bersama Tara tak kira waktu.
Is
menarik lengan Tara untuk berjalan seiringan dengannya. Dia menggenggam erat jari
jemari Tara. Satu perasaan baru tersirat dihatinya. Dan jantung Tara berdetak
laju. Dia cuba mengawal emosinya. Tanpa mereka sedar dari jauh Iqram memerhati
gerak –geri mereka. Membara hatinya melihat kemesraan Tara Qhalisha dan Megat
Noah Iskandar.
Tara
duduk jauh dibelakang mendengar hujahan dan penerangan yang diutarakan oleh
teman baiknya itu. Selepas ini dia tidak lagi berpeluang untuk melihat Is
beraksi seperti itu. Bahasa Inggeris Is sangat bagus dan lancar. Dia
berkeyakinan tinggi dan sentiasa tenang ketika menjawab soalan yang telah
diajukan oleh tenaga pengajar.
Aku
mindik-mindik keluar dari dewan setelah Is tamat pembentangannya. Aku lihat
diluar dewan kuliah hanya pelajar-pelajar jurusan kejuruteraan sahaja. Hanya
aku yang tersesat! Pelajar Seni Tari yang tersesat di Fakulti Kejuruteraan.
Hahaha! Tara tersenyum sendirian. Dia menanti Is di tangga luar dewan.








0 comments: