SANGGAR BERTINGKAH BAB 2



Tara!
Gadis itu terus berlalu tanpa mengendahkan panggilan temannya itu.  Dia sudah muak dengan karenah lelaki itu. Ada saja yang tidak kena. Susah!
“Hei Tara!” tubuh Tara ditarik kebelakang untuk berhadapan dengannya. Wajah Tara masih lagi masam dan mencuka seperti biasa jika emosinya terganggu. Nafasnya ditarik panjang. Tara melepaskan satu keluhan kecil dihadapan lelaki itu.
“Is, apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku?”
“ Macam nih, kita pergi sarapan dulu baru bincang hal ni. Okay?”  Matanya masih lagi tertancap pada anak mata Tara. Minta pengertian dan persetujuan.
“Tara…” Is memulakan bicara. Tara masih lagi menyedut minuman kegemaranya. Kopi O ais. Sedikitpun Tara tidak menatap wajah lelaki itu. “Luahkan saja apa yang kau tidak puas hati dengan aku.” Suara Tara mendatar dan hampir-hampir tidak kedengaran. Pengunjung Restoran Chalk and Cheese ramai seperti biasa walaupun masih awal.
“Cuba kau pandang aku. Apa kau dah tak sudi nak pandang aku ke?”
Tara tidak menjawab hanya matanya dialihkan kepada temannya dihadapan itu. Senyuman terukir diwajah temannya. Manis. “Cakaplah,” Tara bersuara.
“Baik, sekarang ni kita bincang pasal hal ni. Dah lama sangat aku tengok kau tak datang kelas, lepastu selalu sangat aku tengok kau keluar dengan geng-geng Iqram. Aku rasa kau dah banyak berubah.”
“Aku ada banyak kerja nak buat,” balas Tara. Sambil jari-jemarinya bermain dengan bibir gelas. “Kerja apa kau buat sampai kelas pun kau tak pergi,” suara Is sudah meninggi. Mata Tara membulat mendengar nada suara Is. “Aku nak balik!” Tara terus bangun dan ingin terus meninggalkan lelaki itu. Sepantas kilat Is menyambar lengan Tara.
“Sakitlah Is!” jerit Tara.
“Lepaslah Is!” Is terus mengheret keluar dari restoran dan pegangan Is dilengan Tara semakin kejap. Tara menahan kepedihan lengannya dan sakit hatinya diperlakukan begitu oleh Is. Dengan tidak semena-mena air matanya gugur setitik demi setitik. Hatinya luluh.
Is memberhentikan langkahnya dipinggir jalan. Dibawah rimbunan pohon rendang itu mereka berhadapan diantara satu sama lain. Air mata Tara masih berlinangan. Namun esakan tidak kedengaran.  Is merenung Tara sambil berpeluk tubuh. Gadis tinggi lampai, bertubuh lansing dan mempunyai rambut yang ikal pasti akan menggoda sesiapa sahaja yang memandang. Is tahu, dengan sikapnya yang begitu sensitif dan dicampur dengan sikap Tara yang agak perengus masalah diantara mereka sering sahaja timbul. Ada sahaja yang tidak betul dimata mereka berdua.
Is tau, tak patut dia marahkan Tara. Sepatutnya dia lebih berlembut dengan gadis itu. Walaupun sifatnya yang perengus dan kasar itu, jiwanya masih lagi seorang gadis.
“Tara, aku bukan marahkan kau. Aku risau dan takut kalau-kalau ada perkara buruk berlaku pada diri kau.” Tara berdiri memandang rumput tidak berkutik walaupun sedikit. Pelajar-pelajar lain hanya memandang kosong adegan mereka berdua. Maklumlah, itu laluan utama menuju ke restoran yang berhampiran dengan kolej mereka.
Is memberi ruang kepada Tara untuk bertenang. “Takpelah Tara, aku rasa baik aku pergi dulu. Kau balik lah, rehatkan diri.” Sebaik sahaja Is melangkah untuk meninggalkan Tara, Tara memeluk Is dari belakang. Dia menghamburkan segala tangisnya pada belakang tubuh Is yang bidang itu. Is terkedu. Kali pertama.Ya. Terkesima.
Kereta Myvi warna putih milik Iqram tersadai diperkarangan rumah sewa Tara. Tapi kelibat Iqram tidak kelihatan. Bayang-bayang pun tak nampak. Yang kelihatan hanya sebuah basikal milik Tara. Semenjak dari kecil memang Tara suka berbasikal sehinggalah terbawa-bawa kealam dewasa.
‘Apasal budak sewel nih parkir kereta dia kat rumah Tara,’getus Is. Is kelihatan gusar. Rumah sewa Tara kelihatan sunyi sepi lagaknya seperti tiada orang dirumah. Selagi Is tidak tahu dimana Tara, hatinya tidak akan tenang. Risau jika Tara diapa-apakan oleh Iqram yang tidak ketahuan itu.
Assalammualaikum! Assalammualaikum! Assalammualaikum!
Is menjenguk-jenguk kedalam jikalau dapat melihat kelibat orang didalam.
“Wa’alaikumussalam…” salam dijawab. Anehnya dari belakang Is. Is cepat menoleh. Tersipu-sipu malu. Takut-takut dituduh mengendap pula.
“Is, nak cari Tara. Tara ada kat rumah?” Tanya Is pada teman serumah Tara, Malika.
“Eh, takkan Tara tak bagi tau kat Is dia ada game petang ni. Rasanya dia pergi jalan kaki dengan Iqram kat arena tu,” jawab Malika. Gadis kacukan Cina dan Benggali muslim. Senyuman tidak pernah lekang dibibirnya sejak pertama kali Is mengenalinya. Hampir tiga tahun berlalu dia mengenali Malika dan Tara.
“Oh, Is tak tahu pulak Tara ada game petang nih. Selalu ke Iqram datang sini?” Is merenung tajam kereta milik Iqram. “Erm, taklah selalu sangat. Is pergilah kat arena tu tengok diorang main. Malika pun nak pergi sana kejap lagi. Malika nak masuk solat dulu,” Malika minta izin untuk masuk. Is masih lagi berdiri dan memikirkan sesuatu. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Atau rambutnya kini sudah panjang.
“Malika, masuklah solat dulu. Nanti kita pergi sama-sama boleh? Naik kereta dengan Is,” pinta Is kepada Malika. Tanpa berkata apa-apa Malika mengangguk setuju.

0 comments: