SANGGAR BERTINGKAH BAB 1
Pundaknya
lemah. Memikul beban 50 tahun lalu. Dengan cangkul yang dipikul dibahu dia
mengesat peluh yang menitik. Tubuh tua itu semakin layu menunduk. Tidak seperti
resam padi semakin menunduk semakin berisi. Cukup masa boleh dituai hasilnya.
Leman berhenti dan meletakkan cangkulnya disisi. Kebun ubi kayunya dipandang kosong. Entah apa yang Leman fikirkan.
Dari jauh dia mendengar deruman enjin motor anak sedaranya, Husin. Dia menoleh
kearah bunyi motor itu datang.
“Pak
Ngah! Cepat Pak Ngah, kita kena cepat!” melalak-lalak Husin dari atas motor.
Bawak motor pun dah tak keruan. Kalau dekat jalan raya dah lama kena saman.
Leman masih lagi tenang wajahnya. “Kamu ni kenapa Husin? Kena kejar dengan
Pontianak ke?” Leman cuba berlelucon. Dia melipat kaki seluarnya yang kotor
dengan tanah merah.
Mata
Husin merah kalah biji saga. Nafasnya tercungap-cungap. “Pak Ngah!, rumah Pak
Ngah! Habis! “ Dada Hussin berombak. “ Hah! Kenapa dengan rumah aku?” suara
Leman sedikit naik. “Siapa pulak yang nak cari pasal dengan aku kali ni!” Dia
sudah naik berang. Segera dia duduk di belakang Husin anak sedaranya itu. Dengan pantas Husin memecut Honda kapcai
buruknya itu.
Semua
orang kampong sudah penuh dihadapan rumah Leman. Ada yang hanya memandang
kosong, ada yang bercakap kosong dan ada yang mengata dibelakang. Tidak kurang
juga ada yang menolong dengan keadaan rumah Leman sekarang ini. Kelihatan
sekelompok anak muda tersenyum-senyum dibawah pokok mangga dihujung jalan rumah
Leman.
Terkocoh-kocoh
Leman turun dari motor Husin. “Allahuakhbar! Siapa yang perdajal aku ni!” Leman
terduduk melihat rumahnya yang disimbah dengan cat merah. Maimon dtg sambil
terkengkang berjalan. “Sabar lah Leman, aku pun tak nampak setan mana yang buat
keje nih. Kalau aku Nampak dah lama aku ganyang diorang tu Man.” Maimon sudah
mencangkung ditepi adiknya itu untuk memujuk. Dilihat ramai yang membantu dan
Hussin jugak turut membantu membersihkan rumah Pak Ngah nya itu.
“Kadir,
kau rasa Pak Ngah Leman tau ke siapa yang simbah cat kat rumah dia tu?”Tanya
Jamal.
Kadir
masih membisu. Hanya merenung basikal buruknya itu. Basikal pemberian arwah
ibunya. Usang. “Kadir!” jerkah si Jamal. Kadir menggaru-garu kepalanya,
rambutnya panjang sampai kebahu. “Ermm, orang yang ada musuh jer akan kena
macam Pak Ngah Leman tu.”
“Aku
tak rasa Pak Ngah Leman tu ade musuh. Dia bukannya ganggu orang kampong pun.
Dia tu duduk terperuk kat kebun ubi dia
tu jer.” Kadir dah mula bangun membentulkan seluar jeans yang lusuh itu. Petang
itu hanya mereka berdua sahaja yang datang melepak di pondok menunggu bas di
depan kampongnya itu. Selalunya lebih dari lima orang kalau petang-petang
begini. Kalau tak mengganggu anak-anak dara pasti mereka akan menyakat
anak-anak cilik yang hendak pergi mengaji di seberang jalan , rumah Tok Andak.
“Dulu
mak aku cerita Pak Ngah Leman tu playboy, macam kau!” Jamal senyum sinis.
Mengenangkan Kadir yang suka sangat memperalatkan anak-anak dara dikampung
mereka. “Kau tak boleh samakan aku dengan Pak Ngah leman. Aku lagi kacak
bergaya dari Pak Ngah leman tu, ini Kadir tau!” Kadir mendabik dada sambil
berdiri. Tersenyum seperti kambing yang gembira mendapat rumput. Jamal sudah ketawa berdekah-dekah melihat
gelagat Kadir yang selalu perasan kacak.
“Leman,
kamu minum lah kopi aku buat tu. Jangan dikenang lagi benda dah berlaku. Kalau
ikutkan hati aku yang panas nih mau aku ganyang orang yang buat onar kat rumah
kau tu” Mak Long Maimon bersila sambil melipat kain disebelah adiknya itu.
“Entahla Long, aku ni rasanya dah lama tak cari pasal dengan orang. Tapi ada
jugak yang ambil berat pasal aku.” Leman menyedut rokok daunnya jauh kedalam.
Dia duduk bersandar ditepi pintu. Keluhan berat jelas terpancar diwajahnya.
“Nak
buat macam mana lagi Man, kalau dah namanya busuk hati tu, sampai mati pun
takkan berubah. Kamu jangan lah fikirkan sangat tentang rumah kamu tu. Esok,
Hussin dengan kawan dia boleh tolong kamu bersihkan cat kat rumah kamu tu.”
Termengah-mengah Mak Long Maimon melipat kain dan seluar jeans lusuh anaknya
itu. Itulah satu-satu anak yang boleh diharap. Mahu mengharap pada anak yang
lain tiada.
“Kamu
ada bagi tau dekat anak kamu ke Leman” Tanya Mak Long Maimon.
“Budak tu bukan boleh buat bersandar pun.”
Kata-kata Leman lesu. Seperti orang putus asa bunyinya. Kopi yang sudah hampir
suam itu dihirup.
“Kamu
tu jangan ikutkan hati sangat. Budak-budak memang la macam tu, tapi kamu
sebagai bapak kena lah beralah sikit dengan orang muda.”
“Takpelah
Long, aku nak balik dulu. Kalau ditinggal lama-lama karang entah apa pulak yang
terbalik.”
“Eh,
kamu tidur ajalah kat sini. Nanti kalau apa-apa jadi kat kamu susah!” Mak Ngah
Maimon tidak bersetuju dengan permintaan adiknya. “Kalau dah ajal takkan aku
nak halang Long” Leman terus berlalu meninggalkan kakaknya.








0 comments: