SANGGAR BERTINGKAH BAB 6
Tara mundar-mandir dibiliknya sambil memegang telefon
bimbitnya. Berkali-kali dia merenung jam di dinding. Hatinya resah kerana sejak
dia pulang kerumah dia tidak menerima sebarang panggilan atau pesanan ringkas
daripada Iskandar.
Tok! Tok! Tok!
Pintu
biliknya diketuk. Segera Tara membukanya. Wajah Malika tersembul di muka pintu.
“Ada ape?”Tanya Tara.
“Iqram
datang. Yang kau ni kenapa. Macam kucing hilang anak jer aku tengok.” Malika
terus melabuhkan punggungnya di katil Tara.
“Alamak!
Petang tadi aku janji dengan Iqram nak keluar makan sama-sama. Sekarang ni aku
tunggu Is call aku. Tapi sampai sekarang habuk pun tak ada. Dia kata dia
janji!” Tara menghempas telefon bimbitnya ke katil.
“Sabarlah
Tara, dia sibuk kot.” Malika cuba menenangkan sahabatnya itu. Susah kalau Tara
mengamuk nant, habis semua barang bersepah. “Apa kata kau tengok Iqram kat luar
tu. Dah lama dia tunggu kau. Nanti apa kata jiran-jiran kalau dia lama-lama kat
luar rumah tu,” Malika berbahasa.
Tara
cuba untuk bertenang. Dia menarik nafasnya sedalam yang boleh dan melepaskannya
dengan satu keluhan yang berat. Malika tahu Tara sedang menyembunyikan sesuatu
dan Tara sedang berperang dengan emosinya.
Sedang
Tara sedang menukar pakaiannya, telefon bimbitnya berbunyi. Segera dia mempercepatkan
lakunya. Hampa! Iqram yang memanggilnya agar keluar segera. Tara yang sedang
panas hati terus sahaja keluar dan meninggalkan Malika. Malika tahu, panas
baran Tara tidak boleh dilayan, kalau dilayan perang besar jadinya.
“HEY,
kenapa muka masam macam cuka nih? Sepatutnya aku yang marah, lama aku tunggu
kau tau.” Iqram bersuara sebaik sahaja melihat wajah Tara yang masam kalahkan
cuka. Tara tidak hanya mendiamkan diri dan terus menghenyakkan punggungnya
disebelah tempat duduk pemandu.
‘Apa
hal pulak budak ni, aku yang tunggu dia lama, dia pulak yang marah. Ni mesti
ada kena mengena dengan Iskandar. Kalau tak takkan dia bad mood macam nih.’
Bisik hati Iqram.
Kemeriahan
di Tupai-Tupai sedikit pun tidak singgah dihati Tara. Teman-teman Iqram sedang
berbicara sesama sendiri berkaitan dengan muzik dan kehidupan mereka. Ya! Hidup
mereka sangat indah tidak seperti Tara yang sedang menangis sendirian dalam
hati. Tara sedang menangis dengan perpisahan dan Tara sedang menangisi seorang
sahabat yang melupakan janjinya.
“Tara,
kau nak ikut aku jamming tak. Kalau kau tak nak ikut atau takda mood aku boleh
hantar kau balik rumah,” Iqram sedang memberi pilihan kepada Tara. Kerana Iqram
tidak dapat melihat sebarang reaksi gembira yang terpamer diwajah gadis itu.
Senyumnya terpaksa, dan lebih banyak menyendiri.
“Maaf
Iqram, aku rasa badan aku tak sihat la malam nih. Aku nak balik.” Rambut
panjang Tara terbuai ditiup angin malam. Wajahnya lesu.
“ok”
balas Iqram.
Seminggu
berlalu, Tara masih murung. Dia masih lagi terasa kehilangan. Hatinya pedih
kerana Is sudah melupakannya. Telinganya masih lagi dapat mendengar dengan
jelas kata-kata azimat daripada Iskandar. Dan bau tubuh lelaki itu masih segar
diingatannya.
“Jauh
kau termenung,” sapa Iqram.
“Eh,
bila kau sampai? Aku tak perasan pulak.” Tara meraup mukanya. Kelihatan semua
sedang sebok menyiapkan kelengkapan untuk latihan terakhir sebelum pertandingan
street dance esok.
“Macam
mana kau nak perasan, dari tadi kau tengok tiang tu sampai tiang tu nak bengkok
kau tau,” Iqram cuba bergurau.
“Pandailah
kau ni Am, kalau tiang tu bengkok aku rasa mata kau yang juling kot.” Iqram
menghamburkan ketawanya. Tara juga turut tersenyum dan mengambil tempat untuk
sesi latihan. Dia harus menguatkan semangat agar dapat menumpukan sepenuh
perhatiannya kepada sesi latihan. Dia yakin dia mampu lakukannya.
IS!
“Sorry
papa, Is tak dengar tadi.” Anak lelakinya jauh mengelamun entah kemana. Dia
tahu Is tidak suka dikongkong tapi kerana dia Is sanggup tinggal bersamanya di
United Kingdom. Is sudah mendaftarkan namanya di Universiti Cambridge.
Kuliahnya akan bermula pada bulan hadapan.
“It’s
okay, papa ingat nak ajak Is pergi tengok pejabat kita. Lagipun Is akan masuk
pejabat bila takde kuliah kan. Nanti taklah Is kekok sangat.” Wajah papanya
dipandang hambar. Iskandar hanya mampu mengangukkan kepalanya tanda setuju.
Papanya berlalu ke ruang makan untuk bersarapan. Hanya dia yang memandang jauh
melihat kawasan kediaman yang tenang dengan semilir angin menampar tubuhnya.
Musim
dingin yang sedang beralih ke musim bunga sangat indah. Tapi seindah itukah
hatinya ketika ini. Adakah ini yang dia harapkan selama ini dan apakah ini
pengorbanan yang harus dia bayar untuk satu ikatan kekeluargaan. Hatinya seakan
terapung di udara. Melayang-layang entah kemana.








0 comments: