Siapa dan Apa

Perjalanan ini terlalu panjang ,
Ingin aku berhenti disatu destinasi, 
Disaat kaki ingin melangkah kau merantai jerami-jerami halus mengikat peri kecilku,
Siapa kamu untuk menghalang aku?
Siapa aku untuk kamu?
Untuk apa kau teguh berdiri mengisi tembok yang goyah?
Jauh! Jauh kau dari pandangan mata aku,
Aku bukan siapa-siapa ingin kau halang dan hadang,
Aku jugan bukan siapa-siapa untuk menghadang dan menghalang,
Jalan kita berbeza,
Liku-liku ini juga berbeza,
Aku jauh dan kau jauh,
Jerami ini merantai aku dalam samar-samar tapi sakitnya jelas aku rasa,
Sedangkan kau,
Asyik terbuai menarik jerami yang semakin menjerut ku,
Ini Takdir DIA,,Ini kuasa DIA, kau siapa untuk menidakkan?
Siapa aku untuk meleraikan,
Siapa kau untuk memusnahkan,
ini percaturan pasti aku mati atau kau yang tersungkur,
Apa? Jerami ini menjerut aku kerna cinta?
Siapa? Dia berkongsi darah menampung benih kamu?
Apa? Aku marah dengan keadaan?
Siapa? Aku dan kau adalah sama..
Melangkah dalam senyap, bising dalam gundah, tidur dalam jaga,
Semunya bangkai!
Berikan aku nafas aku mahu berhenti disini. 
Bukan aku mahu berpatah balik, tapi aku mahu terus sekaki dihadapan biar aku tidak melihat kelibat.
Bukan benci tapi cinta,
Aku siapa?
Siapa aku?
Apa dan apa?

0 comments: