Kisah Si Pendiet Sentap

Bermula lah kisah seorang gadis yang ingin berdiet. Almaklumlah kan...nafsu makan sgt lah besar. Orangnye tu xde lah besar mana. Tapi muka memang besar...pipi debob katanya. Sejak menjak si Ratna dah xde nih, makanya xdelah geng nk joging atau pon workout sesama. Dan yang paling syahdu lagi syahdan TV pon dah xde makanya itu alasan paling kukuh untuk xnak bersenam.

Setelah melihat rakan sekerja semakin lama semakin kurus , si gadis pon berasa sentap sesangat. Asal dia boleh kurus aku x boleh kurus??? apasal??

Maka si gadis mengorek dan korek lagi segala rahsia. Dapatlah dia rahsia untuk kurus itu. Hahahahaha! Mudah je rahsianya. NASI itu HARAM bagi sesiapa yang mengamalkn diet atkins ini. Lebihkan segala bentuk protein iaitu sama ada, ikan, lembu, kambing, ayam, kerbau, unta , serigala, biri-biri....ehhh...cari binatang halal ok!

Ha...nampak x permainannya...diet nih suh makan semua protein dan lemak supaya senang bakar...dan yang pastinya NO SUGAR! Tidak boleh yer...aku pon melihat Milo Tabur Ais Gelas Besor.....kompom2 terliur..
Aku kena minum air suam atau green tea jer. OH NOOOOOOOOOOOO!

Tapi demi nak kurus aku gagahkn juga. Sehinggalah semalam bersamaan 14 April 2014 jam 9.30 malam aku bedal Nasi Goreng kat Steven, Damansara Uptown tu. Perghhhh nikmat gila.. Habis Sentap DIET AKU!

Nampak sngt aku kalah dengan makanan. Masa duk taip2 entri ni aku duk pikir..td aku beli mee goreng ngan ayam goreng....nak NGAP ke idok????



................................................................makan ke idokk

0 comments: