SANGGAR BERTINGKAH BAB 9
“0290-5563422
nombor mana nih eh, takpe lah abaikan. Salah nombor kot.” Telah Tara. Matanya terus dilelapkan sehingga
dia terbang melayang melayan mimpi-mimpi indah.
“Pak ngah, aku nak pergi minum kat
kedai Andak ni, ada nak kirim apa-apa ke?” Hussin singgah dirumah Leman sebelum
pergi minum pagi di kedai Andak Tipah. Rutin hariannya memang begitu. Disuruh
bekerja malas. Mujurlah Maimon ade hasil kebun yang boleh dibuat sandaran.
“Aku tak nak apa-apa. Kamu
pergi je la.” Leman sudah berpakaian
lengkap untuk ke kebun ubinya. Parang dan golok sudah siap di asah untuk
menebas dan membersihkan kebun.
Hussin berlalu meninggalkan Leman.
‘Apa dibuatnya anak dara nih malam tadi sampai boleh
tertidur kat dapur. Ada masalah dengan teman lelaki ke? Tak mustahil kalau ade
masalah kan.’ Maimon sebok menganalisis Tara Qalisha.
‘Kalau dulu Zara tak lari dari rumah
mesti Tara dengan Leman hidup bahagia sekarang nih. Aku dah nasihat banyak kali pun tak mahu nak dengar . Ikut kepala
sendiri je. Haish!’
“Apa yang mak long bebel kan tu?” Tara yang sudah
siap mandi menegur Maimon.
“Eh, dah wangi dah anak mak long ni. Mak long ingat
Tara tak bangun lagi.” Ujar Maimon.
“Dah la mak long. Hari nih mak long nak masak ape?”
Tara menarik kerusi sambil tangannya meliar mencedok nasi goreng ke pinggannya.
Al maklum lah tak sarapan lagi.
“Nih Tara jadi ke nak balik KL tu esok?”
“Jadi mak long, kawan Tara dah telefon suruh mula
kerja.”
“Mak long bukan apa, kesian kan dekat Tara tu. Kat
sana sorang-sorang takda sapa nak tengok-tengokkan Tara.”
“Takpa la mak long, Tara dah biasa lagi pon Malika
nak balik awal jugak.” Tara hanya memandang dengan pandangan kosong kearah
luar.
“ Nanti mak long bagi tau ayah lagi
Tara nak balik esok yer. Lepas tu suruh si Hussin tu beli kerang, mak long nak
buat pulut kuning bagi kamu bawa balik sana.” Maimon sudah pun menyiapkan lauk
tengah hari. Kangkung goreng dengan ikan pekasam. Memang menggoda masakan mak
long.
“Thanks
Aina, teman aku hari ni. Lepas nih aku nak berehat pulak.”
“It’s
okay Noah. Kalau you nak I teman kan you malam nih jangan lupa you call I okay?”
“Takpe
lah Aina, I rasa I boleh kot sorang-sorang bukannya I tak biasa.”
“Okay,
kalau macam tu I balik dulu lah. Enjoy your day!”
Noah hanya melemparkan senyuman yang manis. Ah! Tubuhnya
saangat-sangat memerlukan rehat. Kalau boleh lelap dalam sejam dua apa
salahnya.
Sebaik sahaja kakinya melangkah ke
dalam bilik bernombor 515, katil yang bersaiz queen itu sudah sedia menanti.
Terus saja tangannya mencampakkan bagasinya dan dia terbaring puas di dada
tilam empuk itu. Nikmat!
Noah berlari-lari sambil memegang
jari-jemari seorang gadis tingi lampai dan bermabut ikal mayang. Taman bunga
tulip itu sungguh indah, haruman-haruman bunga menusuk ke rongga hidungnya.
Mereka berdua ketawa riang.
“ Is, I love you.”
“ I love you too , Tara!”
Ding
Dong! Ding Dong! Ding Dong!
Ah! Baru nak mimpi sedap-sedap ada orang ganggu. Noah
bangun dan terus melangkah untuk melihat siapakah yang mengganggu mimpinya itu.
“ Sorry sir, some one ask me to give this dinner for
you. Have a nice dinner sir.” Senyuman lelaki itu meleret.
“Oh thanks Jack,” Noah sempat mengerling nama lelaki
di hadapannya itu. Senyumannya dibalas.
Setelah menutup pintu Noah kembali kekatilnya dan
membuka hidangan yang mungkin istimewa itu. Ada sekuntum mawar merah dan
sekeping kad.
“Just for you.
Enjoy your dinner.
Love and Kiss,
Aina.”
Noah hanya tersenyum
sumbing melihat kad berwarna putih itu. Kalau Tara Qalisha yang bagi confirm
aku peluk dia. Tapi ni Aina yang bagi. Hurm…hatinya mengeluh mengenangkn Tara.
Gadis jinak-jinak merpati itu.








0 comments: