SANGGAR BERTINGKAH BAB 10
Sudah tiga hari Tara memulakan tugasnya
sebagai jurulatih tari bagi penari-penari junior. Bermula dari umur empat tahun
dan sehingga 12 tahun. Kebanyakan mereka lebih kepada tarian ballet dan juga
tango. Tara minat bidang tarian sejak kecil lagi, tetapi waktu itu dia hanya
terlibat secara tidak formal apa bila disekolah diadakan kelab-kelab kebudayaan
tarian tradisional.
Sesi pagi bermula jam 9 pagi
sehingga 10.30 petang. Hanya sepuluh orang pelajar sahaja, rata-rata berumur
empat hingga tujuh tahun. Seronok mengajar anak-anak kecil ini. Banyak
keletahnya.
Semester akhir juga sudah bermula,
sehingga hari ini nama lelaki itu terus lenyap dibibir Tara Qalisha. Dia terus
melangkah tanpa mahu menoleh kebelakang lagi. Entah mengapa dia merasakan
dirinya harus lebih kuat supaya dia bisa untuk berdiri dengan lebih teguh dan
berani.
“Eh, bos baru dah masuk you tau
tak?”
“Anak Tuan Megat kan? Ala dia memang
selalu masuk la.”
“Memang la dia selalu masuk, tapi sekarang ni yang I
dengar dia memang nak ambil alih sebab bapak dia nak balik Malaysia.”
“Serius?”
“Serius lah, aku kan reporter dalam nih. Hahaha!”
Tap! Tap! Tap!
Derap kaki itu telah mematikan
ketawa mereka. Semua mata tertumpu pada sepasang kaki itu dan sekujur tubuh
yang betul-betul berhenti dihadapan kaunter pertanyaan Asia Bridge Maritime. Sebelum
ini lelaki itu hanya berpakaian kasual dan bersahaja apabila hadir ke pejabat. Tetapi
kali ini penampilannya berbeza. Dia mengenakan sepasang sut berwarna kelabu, kemeja
putih bersih dan dipadankan dengan tali leher berwarna ungu muda berjalur
halus. Rambutnya disisir ke belakang, kerana rambutnya yang agak panjang. Sepasang
mata yang redup dan anak mata itu hanya dia yang ada. Anak mata nya yang
berwarna hijau kebiruan dan coklat .
Ya! Dia punya dua warna anak mata
yang berbeza. Walaupun itu satu kekurangan tapi telah menjadikan dia seorang
yang berkebolehan.
“Takde kerja ke pagi nih?” lelaki
itu bersuara.
“Eh, ada Encik Noah, kami tengah
buat kerja la ni.” Balas Suraya yang pura-pura sedang menyusun fail.
“Kalau ada kerja kenapa saya dengar
kamu ketawa sampai kat level G tu,” balas Noah.
“Saya ada mesyuarat tergempar pagi
nih, jadi semua wakil syarikat dan pemegang saham akan datang pada jam 10 pagi.
Saya tak nak kamu berdua menyembang kat sini.” Sambung Noah lagi. Matanya melihat-lihat
keadaan sekeliling. “ Kamu Azlin, ikut saya masuk dalam banyak kerja yang saya
nak bagi.”
Azlin terus membontoti majikannya
dan masuk ke perkarangan pejabat. Kelihatan masing-masing sedang sebok
menjalankan tugas. Bilik pengarah urusan dikuak perlahan. Noah menutup kembali
pintu itu dan memalingkan tubuhnya menghadap Azlin.
“Before 9.30 I want all the file
about our company in my table.” Suaranya tegas. Azlin hanya memanggungkan
kepalanya tanda faham.
Terdapat 15 orang kakitangan
berbangsa Melayu, 10 berbangsa Enggeris dan 5 lagi daripada Negara-negara asia
yang lain. Mereka semua tidak kekok untuk bekerja walaupun berlainan agama,
bangsa dan bahasa. Mereka telah didik oleh majikan mereka agar untuk menerima
antara satu sama dengan yang lain.
Semua pekerja-pekerja Asia Bridge
Maritime sudah dimaklumkan dengan mesyuarat tergempar itu. Mereka sedang sibuk
menyediakan dokumen-dokumen penting bagi melancarkan segala keperluan yang
diperlukan dalam mesyuarat itu nanti.
Jam 9.15 minit pagi. Kelihatan
seorang lelaki yang segak bergaya memakai kacai mata hitam berjalan dengan
angkuh meluru ke bilik pengarah urusan.
“Seronok kan boleh jadi bos sekelip
mata?” sinis sungguh pandangan dan kata-kata lelaki ini.
“Hurm, tak pernah belajar sivik ke
dulu main terjah bilik orang,” Noah membalas. Pen yang dipegang diletakkan
diatas kertas. Dia membetulkan duduknya.
Lelaki itu terus berjalan dan duduk
di sofa disisi kiri meja pejabat Noah. Kaca mata Rayban nya dibuka. Bibirnya tersenyum.
“Untunglah jadi anak kesayangan
papa, tak payah susah payah dah boleh dapat jadi bos besar. Tak payah nak
bodek-bodek tup-tup dapat syarikat saham berjuta!” suara lelaki itu agak tinggi
dan keras.
Noah menarik nafas sedalam mungkin
dan cuba bertenang. Noah sudah tegak berdiri dan menyandar di meja nya mengadap
lelaki itu.
“Eh, apa masalah kau nih ha? Kau
ingat aku hadap sangat harta papa? Kalau ikutkan hati aku, aku tak teringin pon
nak jejak kaki dekat sini !” balas Noah. Dia sudah berjalan dan berdiri
membelakangi lelaki itu. Lebih baik tengok kereta lalu-lalang daripada tengok
muka dia.
Lelaki itu datang dekat dibelakang
Megat Noah Iskandar. Dia masih lagi tersenyum sinis. Tinggi antara mereka
berdua lebih kurang sama, 192 sentimeter.
“Anak manja, kau jangan ingat kau
dah menang. Esok lusa aku rampas balik apa yang papa bagi dekat kau.” Lelaki itu
menepuk-nepuk bahu Megat Noah Iskandar sambil berlalu.








0 comments: