SANGGAR BERTINGKAH BAB 8
Sudah semingu Tara dikampung,
aktivitinya terhad. Dia hanya berada dirumah atau pun petang-petang kalau
Hussin ade kelapangan dia membawa Tara mengelilingi kampong dan melihat air
terjun dihujung pekan.
Dalam masa seminggu itu juga dia
hanya bertentangan mata dengan ayahnya tanpa sebarang kata. Seolah-olah mata
yang berbicara. Tara bercadang untuk pulang ke Kuala Lumpur minggu hadapan.
Memandangkan dia perlu berkerja di studio tarian itu dia harus pulang dengan
segera.
Petang itu Hussin membawanya pergi
ke pasar malam. Kadir dan Jamal juga turut serta. Walaupun Tara kurang selesa
bersama mereka Tara tetap tersenyum.
“Kamu
dua orang jangan macam-macam dengan Tara. Kalau korang macam-macam, nih
penumbuk aku hinggap dekat muka korang berdua,” Hussin telah menunjukkan kepal
penumbuknya kepada dua sahabatnya.Boleh tahan jugak Hussin menjaga Tara.
Tara hanya tersengih. Ya, Hussin
abang sepupunya, satu-satu adik beradik yang dia ada. Sejak kecil Hussin
menemaninya kemana sahaja dia pergi. Hussin jujur dan lurus orangnya.
“
Alah kau nih Sin, aku senyum je dengan Tara takkan lah tak boleh?” Balas Jamal.
Kadir disebelahnya mengangguk-angguk kan kepala tanda setuju dengan Jamal.
“Bukan tak boleh, maksud aku kau jangan nak
ngorat-ngorat dia. Dia nih pandai bukan macam kau, dungu macam aku. Kah kah
kah!” Hussin ketawa berdekah-dekah. Jamal dan Kadir hanya memuncungkan muka dan
terus berjalan meninggalkan Hussin.
Tara hanya tersengih bak kerang busuk melayan
karenah mereka bertiga
Leman duduk dihujung tangga sambil menggulung rokok
daun. Di balik samar senja dia melihat Maimon sedang berjalan menuju
kerumahnya. Kakinya diseret-seret. Badannya yang agak berisi memang sukar untuk
berjalan.
“Kenapa Long, kamu sakit ke?” Leman bertanya.
“Alah kaki aku nih memang macam ni ada saja yang tak
betul, kaki warga emas,”Maimon melabuhkan punggugnya dia anak tangga ketiga.
“Aku nih nak bagi tau kamu, lagi dua tiga hari si
Tara tu nak balik Kuala Lumpur. Cubalah kamu lembutkan hati kamu. Kesian dia , mak dah takda, ada ayah
pun buat endah tak endah.” Terang Maimon sambil membetulkan sanggul rambutnya.
Dari jauh sudah
kedengaran motor Hussin masuk ke halaman rumah Maimon. Leman hanya memandang
kosong.
“Dah la tu , budak-budak
tu dah balik dari pasar malam. Moh le kerumah, boleh kita jemaah sekali solat
maghrib lepas tu boleh makan malam sama-sama.” Maimon bangun meninggalkan Leman
yang sedang bergelut dengan kepulan asap rokok gulung.
Assalammualaikum
warahmatullah… Leman memberi salam tahiyat akhir. Wajah nya dipalingkan
kebelakang. Dia meraup wajahnya. Satu hembusan nafas lega berada dihujungnya.
Leman mengangkat tangan untuk memohon doa kepada Yang Maha Kuasa.
Amin Ya Rabb…
selesai Leman membaca doa Hussin menyalami tangannya, tubuh Hussin dipeluk erat. Tiba giliran Leman menyalami kakaknya Maimon dan Tara terkedu memandang Leman. Seorang lelaki yang begitu dia kasihi dan sayangi sehingga dia kehujung nyawanya. Akhirnya dia menghulurkn salam dan salamnya disambut oleh Leman. Tara mengucup tangan itu lama.
Ya, lama!
selesai Leman membaca doa Hussin menyalami tangannya, tubuh Hussin dipeluk erat. Tiba giliran Leman menyalami kakaknya Maimon dan Tara terkedu memandang Leman. Seorang lelaki yang begitu dia kasihi dan sayangi sehingga dia kehujung nyawanya. Akhirnya dia menghulurkn salam dan salamnya disambut oleh Leman. Tara mengucup tangan itu lama.
Ya, lama!
Leman hanya mengelus
lembut kepala Tara dan berakhir disitu. Malam itu mereka menikmati makan malam
hanya dengan riuh rendah suara Maimon dan Hussin.
Malam yang dingin tidak
dapat membantu Tara untuk melelapkn matanya. Jam sudah menginjak dua pagi.
Matanya masih lagi segar. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
Tara masih lagi merenung
telefonnya.
‘Apasal nombor banyak
sangat nih? Jin mana yang telefon aku pagi-pagi buta nih?’ Tara masih
berkira-kira dalam hati untuk menjawab atau tidak panggilan itu.
Sebaik sahaja Tara
mengambil keputusan untuk menjawab panggilan, telefonnya bisu serta merta.
‘Huh aku baru nak jawab,
yang kau letak tu kenapa? Nih mesti kes salah tekan nombor ni. Kalau nak ngorat
aku jangan guna taktik lama okay. Dah lapok!’
Tara merungut. Dia hanya
menggenggam telefon bimbitnya dan berdiri di hujung tingkap kamarnya. Dia
membuka tingkap dan angin menyapa tubuhnya. Dia menjengukkan kepala melihat
rumah ayahnya, malam itu bulan penuh.
‘Eh, siapa pulak datang
rumah ayah tengah-tengah malam nih.’ Bisik hati tara.
Kelihatan dua orang
lelaki membawa barang ditangan dihadapan tangga rumah Leman. Tiada salam
kedengaran jika tetamu dating dengan niat yang baik. Hati Tara sudah tidak
senang. Apa yang ingin mereka lakukan kepada ayahnya.
Tara keluar dari kamar
dan turun kebawah. Dia membuka pintu dapur dan melihat gelagat dua orang lelaki
dihadapan rumah ayahnya itu. Perlahan-lahan Tara berjalan dibalik pohon koko
dan pokok pisang untuk mengendap apa yang ingin dilakukan oleh dua orang tetamu
ayahnya .
Hatinya berdebar-debar.
Dia melihat lelaki-lelaki itu sedang memegang 2 tin cat. ‘aku yang mereng ke,
diorang yang mereng nak cat rumah ke gelap-gelita. Takkan ayah suruh orang cat
rumah. Raya lambat lagi kot’
Tiba-tiba sedang Tara
sedap skodeng dua orang lelaki itu, teleon bimbitnya berbunyi lagi, One More
Night! Mood suspen yang tersimpan rapi menjadi satu mood yang kelam kabut.
Tara terjerit kecil dan
mengganggu ketenangan dua lelaki tadi. Tara menyorok dibalik perudu pokok
pisang.
“Eh, aku rasa ada orang
tengah perhatikan kita.”
“Mana? Aku tak nampak
pon.” Mata mereka meliar mencari kelibat suara itu.
“Aku rasa baik kita cabut
dulu. Kita buat lain kali.”
“Aku rasa macam kau rasa
jugak. Jom kita blah sebelum kita kena cekup.”
Tara menekup mulutnya
dari berbunyi lebih kuat dan telefon bimbitnya berada dibawah punggungnya.
Harapnya tidak berbunyi dengan lebih nyaring. Dia mindik-mindik keluar dari
pesembunyiannya.
Matanya ligat mencari kelibat
dua orang lelaki itu tapi hampa. ‘Ni semua handphone nih punya pasal la
nih.Siapa pulak yang telefon aku nih.’ Rungut Tara lagi.
“Kenapa dia tak angkat
panggilan aku. Takkan tdo mampus pulak. Budak nih kalau tido bukan ingat dunia.
Bukannya dia tau aku rindu dia macam nak mati dah nih”
“Noah!” Gadis genit
berambut perang melambainya dari jauh.
Dia melambai kembali
lambaian gadis itu dan terus mempercepatkn langkahnya. Kehadirannya di Wales
atas urusan kerja. Agak lama dia menunggu kehadiran gadis genit bernama Aina
itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Cardiff.
“Maaf, Aina terlambat
jemput Noah.” Terus saja Aina merangkul lengan Noah. Noah hanya membiarkan
perlakuan gadis itu. Anak melayu kalah anak mat salleh. Oh lupa bapak kau mat
salleh . Hahaha! Ketawa Noah dalam hati.
“ So sekarang nih you nak
balik hotel ataupun terus pergi ke pejabat?” Tanya Aina.
“I rasa I nak pergi
pejabat dulu lepas dah settle semua baru I nak balik hotel,” balas Noah.
Matanya begitu kagum dengan keindahan bandar Cardiff dengan seni bina bangunan
yang gah tersergam dan orang-orangnya juga peramah.
“Okay, then I akan
temankan you lunch dan hantar you kat hotel. You jangan risau I akan bagi
layanan istimewa dekat you. As I promise to your dad” Aina tersenyum simpul.
KRINGggg!!!
Alarm telefon bimbit Tara
berbunyi. Jam enam pagi. Dia membuka matanya, tubuhnya berasa sengal-sengal. Oh
rupanya dia terlena di meja dapur.
“Eh, awal kau bangun hari
nih Tara?” Maimon menuruni anak tangga dapornya. Masih lagi lengkap
bertelekung.
“Tara terlelap tadi mak
long.” Tara masih lagi mamai dan terus meninggalkan Maimon di dapur.
“Jangan lupa solat subuh,
lepas tu baru sambung tidur” pesan Maimon.
“Baik mak long.”








0 comments: