SANGGAR BERTINGKAH BAB 7
Malika
sedang bersiap-siap untuk pulang ke kampong. Tiket bas sudah lama dibeli. Jam
10 pagi basnya akan bergerak ke Pulau Pinang. Tara masih lagi berselubung
dengan selimut di sofa ruang tamu rumah sewa mereka. Dia hanya memandang kosong
ke wajah Malika.
“Kau ni Tara dah macam ayam berak kapur aku tengok.
Cuba la bawak pergi mandi barulah segar bugar.”
“Sejuk la, malas aku nak mandi pagi-pagi macam nih.
Kau lainlah nak balik kampong. Kalau tak balik kampong aku rasa elok jer kau
lena atas katil kan?” Tara membidas kata-kata sahabatnya itu.
Malika hanya tersenyum melihat Tara.
“Aku nak gerak dah ni, nanti kalau aku layan kau
lama-lama tertinggal bas pulak aku.” Malika sudah menjinjing beg pakaiannya.
Tara mengiringi sahabatnya ke muka pintu. Hatinya dipalu sendu. Aktiviti apa
yang harus dia lakukan selama dua bulan ini kalau dia keseorangan. Ah! Pulang
ke kampong adalah pilihan yang terakhir buat Tara Qalisya.
Selesai sesi berpelukan dan bersalaman dengan Malika
, Tara terus naik kebiliknya. Hatinya gundah. Jika dahulu Is pasti akan
menemaninya dan akan berada disisinya tanpa mengira waktu. Kenapa begitu mudah
Is melupakan dirinya. Ternyata persahabatan yang terjalin bertahun-tahun itu
tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap Iskandar.
Sebaik sahaja Tara ingin melelapkan
mata, alunan lagu One More Night dari Maroon 5 berkumandang dari telefon
bimbitnya. Nama Mak Long Maimon tertera di telefon bimbitnya. Dengan malas dia
menjawab panggilan.
“Hello”
“Assalammualaikum,
Tara”
“Waalaikumussalam
mak long. Mak long sihat?”
“Aku
sihat. Nih, kamu kata kamu dah mula cuti. Bila kamu nak balik?”
Lama Tara diam dihujung talian. Hati dan mindanya
sedang merangka jawapan yang tidak tahu bagaimana untuk diluahkan.
“Kau tak payah layan sangat perangai ayah kamu tu.
Kamu balik aje ke rumah Mak Long. Lama dah mak Long tak jumpa kamu. Rindu Mak
long dengan kamu.” Tulus sungguh luahan hati Maimon. Dia tahu Tara tidak mahu
mengeruhkan keadaan apabila dia pulang ke kampong.
“Tengoklah macam mana nanti Mak Long. Kalau takde
aral Tara balik kampong yer. Mak Long janganla risau pasal Tara, pandai lah Tara
jaga diri. Mak Long kirim salam dengan Hussin yer.”
Selesai memberi salam Tara mematikan talian. Dia
termenung sejenak. Terbayang wajah tua ayahnya. ‘Kenapa ayah bencikan aku!
Kenapa ayah tidak pernah mengiakan kewujudan aku! Kenapa ayah tidak pernah
menemukan aku dengan ibu! Kenapa!’
Akhirnya Tara terbuai dengan sendunya dan terlena.
Riuh rendah warung Andak Tipah pagi
itu. Ramai yang keluar menikmati minum pagi di warung Andak Tipah. Tidak
terkecuali Hussin. Duduk bersembang dengan kawan-kawannya Kadir dan Jamal.
Warung di pinggir jalan raya itu sering menarik perhatian orang luar yang
pertama kali datang ke daerah itu.
Sebuah bas usang berhenti di pondok
menunggu bas. Kelihatan seorang gadis tinggi lampai berkulit sawo matang rambut
panjang mengurai sedang turun dari bas. Deruan bunyi enjen yang bising
membingitkan telinga.
‘ Bilalah nak ganti bas baru . Nak tercabut semua
tulang punggung aku kalo duduk dalam bas ni lama-lama.’bisik Tara dalam diam.
Matanya hampir terkatup rapat akibat bahang panas
matahari yang semakin terik. Pandangannya tertumpu pada warung Andak Tipah.
Dalam perhitungannya mungkin dia bernasib baik jika terserempak dengan Husin.
Selain itu Tara mahu membasahkan tekaknya yang sudah kering. Tara menyeberang
jalan, setelah kiri dan kanan dipastikan selamat tiada kenderaan.
Semua mata tertumpu pada Tara. Ada yang tersenyum
simpul. Ada juga yang senyum sinis.
“Eh, Tara kan?” sapa Andak Tipah yang sedang membawa
dulang air.
“Err… ye saya,” hanya senyuman nipis yang Tara
berikan. Sikap Tara Qalisya memang terkenal dengan seorang yang bersikap
pendiam dan agak kasar.
“Cuti semester ke? Minum dulu ye, Andak buatkan kamu
air.” Pelawa Andak Tipah yang terkenal dengan seorang yang mudah mesra dan
bersifat penyayang itu. Sehinggakan Hussin boleh tertarik hati dengannya.
Hussin yang sedang leka bermain dam aji bersama
Kadir dan Jamal langsung tidak menghiraukan kehadiran bunga disisi mereka.
PAP!
“Hoi!” bingkas Hussin bersuara dan menyinsing
lengan. Mukanya merah menahan marah. Tetapi tiba-tiba wajahnya bertukar menjadi
seekor kucing jantan yang gatal nak mengawan.
“Eh Tara…bila kau balik? Apasal kau tak bagi tau kau
nak balik awal-awal. Kalau tak sebelum subuh aku dah tunggu kau kat depan tu.”
Ujar Hussin sambil menggosok-gosok bahunya yang ditepuk Tara tadi. Tubuh Tara
sudah dalam pelukan Hussin.
Tara menolak sedikit tubuh Hussin, malu jika diumpat
oleh orang kampong. Kadir dan Jamal hanya tersengih-sengih macam kerang busuk.
“Hai Tara,” Sapa Kadir dan Jamal.
Tara hanya melemparkan senyuman. Hussin terus
bergegas menarik Tara ke motor kesayangannya. Mahu membawa Tara pulang ke rumah
dengan segera. Pasti maknya dan Pak Ngah Leman sedang menanti di rumah.
“Kau bawak satu beg jer Tara?”
“Ya.”
“Lama ke kau cuti sekolah? Rindu betul aku dengan
kau.” Ade bunyi ketawa senang dihujung ayat Hussin.
Tara hanya membisu dan tersenyum sendiri. Melihat
pemandangan kampong dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa telah mendamaikan
hatinya yang sedang gundah. Sudah lama dia tidak meronda-ronda kampong bersama
Hussin. Kali terakhir rasanya pada setahun yang lalu. Sungguh cepat waktu
berjalan.
“Mak… oh Mak!”
Hussin sudah menjerit diatas motor memanggil ibunya.
Tara yang duduk di belakang hanya tersenyum simpul dengan gelagat Hussin.
Sebaik sahaja masuk dihalaman rumah, Mak Long Maimon sudah berdiri tegak
dihadapan. Rumah pusaka dua tingkat berdindingkan papan itu masih utuh.
Warnanya juga masih cantik, mungkin Hussin yang yang mengecatnya. Ukiran kayu
pada alang rumah juga begitu klasik.
Tara segera turun dari motorsikal Hussin dan
mendapatkan Mak Long Maimon. Segera dia menyalami orang tua itu. Baginya wanita
inilah ibu yang dapat memahami hati seorang anak sepertinya. Wanita tua itu
dipeluk erat.
“ Tara sihat? “
“Kenapa tak bagi tau nak balik, kalau tak mak long
masak awal-awal lagi.”
“ Takpe nanti, suruh Hussin pergi beli ketam kita
buat sup ketam ye. Mak long tau mesti Tara suka kan.”
“Mak long jangan lah susah-susah. Kita masak apa
yang ada je. Jom kita masuk mak long.”
“Eh, lupa pulak mak long. Hahaha! Jom masuk borak
kat dalam.”
Tara dan Mak Long Maimon terus masuk ke dalam rumah.
Hussin turut membontoti mereka. Namun, hati Tara terusik dengan rumah jiran mak
long nya. Ya! Rumah ayahnya, rumah yang tidak punya seri. Rumah yang tidak
punya rasa bahagia.
Hussin menjinjing beg pakaian Tara ke bilik khas
buat Tara. Mak Long Maimon dan Tara Qhalisha terus menuju ke dapur.
“Mak long nak buat air apa? Tara nk minum air sejuk
jer. Panas ni,” Ujar Tara.
“Kalau macam tu mak long buat sirap selasih pandan,”
sambil-sambil tangan ligat mencari jag.
“Sedapnya mak long, lama dah Tara tak minum sirap selasih pandan.” Tara tetap
tersenyum manis. Rambutnya sudah disanggul tinggi. Peluh juga sudah menitik
keluar. Cuaca sungguh panas hari ini. Bagus untuk penoreh-penoreh getah dan
petani-petani yang bercucuk tanam. Dapatlah mereka bekerja dengan selesa.
Kalau musim hujan susah juga mereka hendak keluar
mencari rezeki. Terpaksalah mencari sumber rezeki yang lain untuk menampung
kehidupan seharian. Tara merenung keluar di pintu dapur mak longnya, kelihatan
seorang lelaki tua sedang membawa beberapa biji tongkol ubi kayu. Tubuh tua itu
sudah lusuh, namun hatinya masih tidak dapat menjelaskan apa-apa yang tersirat
mahupun pun tersurat.
Mak long Maimon mengelus bahu Tara. Memujuk rajuk si
anak dara. Wajah Mak Long Maimon ditatap sayu. Tara terus berlalu
menyembunyikan diri didalam kamarnya.
Usai bersolat Zohor Leman datang kerumah Maimon
untuk menikmati hidangan tengah hari. Dia membawa beberapa biji ubi kayu untuk
Maimon agar boleh dibuat kuih atau boleh juga direbus . Makan bersama kelapa
parut memang sedap sekali.
Terus saja Leman masuk kedapur Maimon.
“Ha Leman, banyak ke kamu cabut ubi hari ni? Boleh
jugak aku buat bingka petang nih buat minum-minum.” Tegur Maimon sambil
menyiapkan meja makan.
“ taklah banyak sangat, aku bagi dekat Ah Hong 5
guni jer.”
Leman mengambil tempat di meja makan. Matanya meliar
mencari Hussin. Tiba-tiba matanya terpaku pada sekujur tubuh tinggi lampai yang
menuruni anak tangga.
Maimon hanya memerhati. Hussin yang berdiri di
belakang Tara terus saja meluru ke meja makan.
“ Eh, kau buat apa berdiri lagi tu Tara jom makan.
Mak aku masak sedap nih.” Tangan Tara terus saja ditarik dan duduk disebelah
Mak Long Maimon. Leman hanya memerhati anak gadisnya. Wajah persis isterinya
yang telah lama meninggalkan mereka.
Makan tengah hari itu kosong. Tanpa mendengar
sebarang suara. Semuanya seperti kaku. Hussin juga tiba-tiba jadi pendiam.
Maimon yang becok mulutnya juga seperti tertelan biji durian tidak bersuara.
Tara jugak tidak sudah memandang nasi dipinggannya bak melihat berlian tidak
berkedip.








0 comments: